Khamis, 12 Mac 2015

Salam 1Malaysia.

Dalam dunia yang terus terbuka, Seakan menjadi satu keperluan untuk mewartakan setiap tugasan dan program untuk dilihat, bukannya untuk tidak menjadi ikhlas tetapi sebagai perkongsian bersama maka blog Unit Bimbingan dan Kaunseling diwujudkan.

Mungkin paparan blog ini tidak seindah, tidak secanggih blog-blog lain kerana admin bukanlah blogger tegar tetapi cukup rasanya untuk berkongsi pengalaman, berkongsi cerita, mengimbau kenangan seterusnya mendekuamentasikan setiap tugasan yang diamanahkan kepada Unit Bimbingan dan Kaunseling SMK Kubang Bemban.

Blog UBK ini juga diharapkan dapat mengembirakan alumni SMKKB yang sangat merindui kenangan bersama semasa berada di SMKKB, yang telah memberi erti dewasa kepada mereka. Terlalu banyak kenangan dan tentunya blog ini mengamit memori seterusnya membina keinginan untuk alumni kembali menabur jasa kepada SMKKB..

Terima kasih atas kesudian singgah berwakaf di Laman UBKSMKKB.

Salam 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan